Friday, September 27, 2013

TAHNIAH : Fiza Elite & Adam AF Bahagia Hingga Ke Jannah




Sememangnya agak mengejutkan ramai pihak apabila tiada angin, mahupun ribut taufan tetiba timbul berita tentang Fiza Elite & Adam AF ni.. walaubagaimanapun, mereka telahpun selamat di nikahkan pada 26 September 2013 yang lalu di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam. Rasa sweet dan sejuk je tengok couple ni, tak tau la nak cakap macam mana tapi anda semua tengok sendiri la ye!







Rujukan sumber :



p/s : tahniah di ucapkan.. kalau tengok anak-anak Fiza tu memang mereka gembira dengan kehadiran ayah baru mereka.. 

Thursday, September 26, 2013

TEGAR : Ku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang





Tegar..
semasa mendengar lagu ini dan menghayati bait-bait liriknya, saya menyamakan dengan suami saya... dulu susah, sekarang alhamdulillah...

Rakan sekerja saya juga kerap memainkan lagu ini di Youtube, dan apabila suami juga turut menyukai lagu ini, saya mula mencari siapakah pemilik suara kecil ini....

Namun, ketika Tegar muncul di MHI untuk siaran hari Isnin, 23 September 2013, saya tidak berkesempatan menonton kisah anak ini.... tapi hari ini, saya tetap hendak menulis tentang Tegar, kerana kematangannya membantu keluarga, susah dan derita serta air mata hingga beliau berjaya.

Lanjut berkaitan Tegar : Artikel yang saya cedok 100% di Utusan Malaysia






TERSENTUH hati melihat anak-anak kecil mengemis di pinggir-pinggir jalan meminta ihsan dan simpati masyarakat bagi memberi peluang mereka meneruskan hidup. Ibu dan ayah entah ke mana. Bersama-sama rakan sebaya atau mungkin adik-beradik, senario anak-anak kecil mengemis daripada orang ramai di kota Jakarta bukan asing.

Itulah yang dapat dilakukan oleh segelintir warga Jakarta dalam meneruskan kehidupan. Lama penulis berfikir dan cuba menelaah, kenapa itu jalan yang menjadi pilihan mereka? Namun, apabila cuba mendasari suara hati mereka, jawapan yang ditemui ialah pilihan apa lagi yang mereka ada.
Menjadi pengemis bukan hal yang manis di mata umum. Ibarat kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima.

Realitinya, tidak semua orang akan bermurah hati pada setiap hari untuk menghulur bantuan.
Daripada merungut, mengeluh dan mengungkit dengan bantuan yang dihulurkan sehingga menjadi tidak ikhlas, baik sahaja pejamkan mata, tutup telinga dan buat-buat tidak tahu.
Hakikatnya, si pengemis juga ada maruah dan harga diri. Tidak semua yang terlibat dalam pekerjaan meminta-minta itu mahu berbuat demikian. Justeru, ada segelintir pengemis mengakui, mental mereka tidak kuat untuk berhadapan dengan masyarakat.
Kenyataan ini diakui oleh seorang anak kecil yang hidupnya suatu ketika dahulu banyak dihabiskan di jalanan meminta simpati orang ramai.

Tegar Septian, si cilik berusia 12 tahun menyedari dia harus bekerja keras untuk membawa keluarga keluar daripada belenggu kemiskinan.

Iltizam Tegar disokong oleh tuah badan. Daripada seorang pengemis, dia kini diangkat oleh rakyat Indonesia sebagai seorang penghibur muda yang memiliki masa depan cerah.

Kalau dulu di jalanan, barangkali tiada siapa yang peduli dengan Tegar tetapi hari ini dia boleh berbangga kerana popularitinya sebaris dengan artis-artis ternama Indonesia.

Itulah penangan Tegar yang lagu nyanyiannya, Aku Yang Dulu kini semakin menjadi siulan para peminat muzik di Indonesia. Pentas Tegar bukan lagi di pinggir-pinggir jalan, di warung-warung terbuka, di dalam bas atau kereta api, tetapi dia sudah boleh berbangga kerana menerima pelbagai undangan untuk membuat persembahan.

Aku Yang Dulu dihasilkan khusus buat Tegar kerana lagu berkenaan menceritakan rentetan perjalanan hidup si kecil itu dan menyebabkan ia sangat mudah memancing perhatian pendengar.

Namun, bukan populariti yang menjadi dambaan Tegar, sebaliknya, apa yang paling utama ialah kanak-kanak ini semakin memperlihatkan rasa tanggungjawab untuk mengubah nasib keluarga.

Kesibukan menjadi artis membuahkan hasil yang lumayan bagi Tegar. Pendapatan diterima sebagai penyanyi menyebabkan dia sudah mampu memenuhi keperluan buat keluarga.

Sebut sahaja apa gajet yang sedang menjadi trend, semuanya sudah mampu dibeli Tegar untuk ahli keluarganya sehinggakan sebuah motosikal dan peralatan elektronik juga disediakan buat keluarga.
"Aku sudah belikan motosikal, Ipad dan telefon bimbit. Tidak lama lagi aku mahu sediakan sebuah rumah buat keluarga di Cikampek (kampung halamannya)," kata Tegar penuh jujur.

Berdasarkan hitungan kasar, pendapatan yang diraih oleh Tegar sebagai penyanyi agak lumayan bagi seorang kanak-kanak sepertinya.

"Aku enggak (tidak) tahu jumlah bersih tetapi setiap minggu aku akan serahkan antara rupiah 6 juta (RM1,800) hingga Rupiah 7 juta (RM2,180) kepada keluarga bagi membahagiakan mereka," kata Tegar.
Sebagai penyanyi baru, tidak banyak yang Tegar ambil tahu mengenai pengurusan kerjaya seninya kerana semua itu diatur oleh pihak pengurusan.

Daripada kejayaan dan kekayaan yang diraihnya, Tegar masih merendah diri dan berpendapat, apa yang dilakukannya semata-mata untuk membahagiakan orang-orang terdekatnya.

"Alhamdulillah apa yang saya perolehi dapat membahagiakan ibu, saudara, nenek dan semuanya," katanya lagi.

Pada usia 12 tahun, inisiatif Tegar bekerja keras mencari rezeki bagi mengubah nasib keluarga amat disyukuri ibu penyanyi itu, Ratna Dwi Sisi yang begitu terharu dengan pengorbanan anak sulung daripada empat adik-beradik itu.

Ratna mengakui, sebelum Tegar terkenal, hidup mereka serba kekurangan sehinggakan untuk menyediakan makanan harian juga dia tidak mampu. Kesedihan dan kemurungan Ratna bertambah apabila di desa yang mereka diami, tiada siapa yang pernah mengambil peduli terhadap kekurangan keluarga itu.
Tambah menyedihkan, pada saat-saat terdesak memohon bantuan untuk mengalas perut anak beranak itu, Ratna dan anak-anaknya terpaksa berlutut.

"Kalau minta makan daripada orang lain, kami harus menangis dahulu," cerita Ratna mengenang saat-saat sukar yang pernah dilaluinya suatu ketika dahulu.

Kesusahan keluarga Ratna menyebabkan Tegar tercicir daripada persekolahannya dan anak kecil itu terpaksa menjaga tiga adiknya yang masih kecil.

Barangkali, tidak sanggup untuk hidup dalam kemiskinan, Tegar membuat keputusan untuk keluar daripada masalah itu dengan membawa diri selama berbulan-bulan.

Mengemis

Tegar dengan berbekalkan keberanian dan kecekalan mula mendekati sekumpulan anak jalanan yang mencari nafkah dengan mengemis.

Daripada situ juga, dia mendekati muzik dengan berlatih menyanyi serta mempelajari cara bermain instrumen muzik termasuk piano dan seruling.

Akibat tanpa kawalan keluarga, masalah lain dihadapi Tegar, apabila pergaulan tanpa batasan itu menyebabkan dia menjadi liar dengan mula menghisap rokok dan menghidu gam. Namun, sudah ditakdirkan hidup Tegar bukan di situ. Kelebihan dan bakat besar anak kecil itu disedari oleh Alfas Hermansyah yang menawarkan diri untuk membentuk kanak-kanak itu menjadi 'manusia'

Alfas bekerja keras mengembangkan bakat seni Tegar sehinggalah dia berada di kedudukan hari ini.
Dia menjadi masyhur dan sibuk memenuhi undangan penyanyi sehingga di luar Jakarta serta tidak menang tangan menerima undangan menjayakan pelbagai program televisyen. Keluarga itu kini tidak lagi tinggal di kampung, sebaliknya, mereka kini menikmati sebuah kehidupan yang mendamaikan di sebuah pangsapuri.
Anak kecil bernama Tegar benar-benar melalui gaya hidup seorang penghibur kerana ke mana sahaja dia pergi, kereta mewah akan membawanya serta ditemani pula oleh sejumlah pembantu peribadi.
Tegar sangat bersyukur dengan apa yang dinikmatinya. Begitu juga dengan si ibu yang tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran.

"Sekarang semua orang mengaku kami saudara mereka," kata Ratna sambil tersenyum penuh makna.
Menyelak kembali lembaran sejarah kerjaya seni Tegar, nasib si kecil ini berubah selepas dia bergelar juara di sebuah pertandingan nyanyian di Subang Jawa Barat, Indonesia.

Kejayaan di gelanggang nyanyian itu membuka jalan kepada anak kelahiran Pemalang ini untuk meraih populariti. Tegar tidak perlu lagi merayu belas dan ihsan orang ramai demi sesuap nasi. Bahkan, Tegar tidak perlu lagi memetik gitar dan menyanyi kerana hari ini, sudah tersedia muzik latar atau sesekali persembahannya diiringi pemuzik profesional.

"Hidup di jalanan menyebabkan mental saya kuat. Saya semakin mengerti apa yang perlu ada pada kanak-kanak seusia saya iaitu pelajaran," katanya.

Sekalipun sudah hidup mewah, namun, Tegar tidak akan sama sekali melupakan dari mana asal usulnya sambil berusaha dan berdoa karier seninya hari ini akan bertahan lama bagi membolehkan dia terus membela nasib diri serta keluarganya


Lagi berkaitan Tegar :







Lirik Lagu
TEGAR : AKU YANG DULU

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi jalan untukmu semua..

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Membantu keluarga di rumah

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Tetapi, aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman..

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam, selalu bawa uang recehan
Mengejar cita-cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman..

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna..

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita,
Sekarang aku bahagia

Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi.. ... memberi .. jalan untukmu semua




p/s : Semoga beliau cekal mengharungi segala dugaan hidup lebih-lebih lagi sekarang ini sudah menjadi penyanyi terkenal.. syabas ye dik!!

Saturday, September 14, 2013

6 KELEBIHAN : Mandi Sebelum Subuh



6 Kelebihan Mandi Sebelum Subuh



Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :


1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.


2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.


3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.






4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.


5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.


6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...


p/s : patutlah orang dulu-dulu masih sihat walaupun dah berusia sekarang ni.. contoh macam Seniwati terkenal, Datuk Sarimah masih maintain gitew! 


Sumber : Facebook

Friday, September 13, 2013

TAHNIAH BLACK HANIFAH : Sah Bergelar Suami



Syukur Alhamdulillah, Black Mentor telah sah bergelar suami!!



Akhirnya Black Hanifah atau lebih di kenali sebagai Black Mentor telah pun sah bergelar suami kepada pasangannya Naquia Yasira Binti Mohammad Khairi aka Chira yang berusia 28 tahun. Pasangan ini diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri di Zebra Square, Kg Pandan pada jam 12.06 tghri tadi.. dengan mas kawin sebanyak RM80.00 dan hantaran sebanyak RM12,000.00.

Pihak lelaki telah memberikan 7 dulang hantaran yang berupa sepasang telekung, beg tangan berjenama Chanel, minyak wangi Bvlgari, sebentuk cincin, iPad Mini, sepersalinan baju dan kasut serta barangan kosmetik.

Pihak perempuan pula telah membalas dengan 9 dulang hantaran yang berupa jam tangan, kasut, sirih junjung, Al-Quran, songkok, dompet, minyak wangi dan tali pinggang.


Majlis persandingan Black dan Chira ini akan di adakan di Dewan Komuniti Bangsar yang berkongsepkan English Contemporary untuk sebelah perempuan, dan di Zebra Square untuk sebelah lelaki.

Walaubagaimanapun, Black akan mengadakan majlis resepsi pada 15 September 2013 bagi meraikan hari bahagianya bersama peminat di padang bola PPRT Pantai Dalam.

Apa pun tahniah sekali lagi diucapkan kepada Black dan isteri.. semoga bahagia hingga ke akhir hayat..


Sumber : OhBulan

Thursday, September 12, 2013

FOLIC ACID : Hindari Kecacatan Pada Bayi


Syukur lah, walaupun saya sekarang ni semakin hari semakin sarat, usia kandungan juga sudah 7 bulan untuk anak ke-4, tapi saya masih ingin mencari maklumat dan share di sini untuk makluman anda semua.

Bagi yang baru mengandung, saya ucapkan tahniah. Sesungguhnya pengalaman mengandung ini amat indah terutama bagi yang menginginkan zuriat sendiri, lebih-lebih lagi apabila bayi dalam kandungan sudah mula menendang-nendang dan anda mula merasai pergerakkannya.



Ok, berkenaan Folic Acid yang dibekalkan oleh doktor apabila wanita mengandung mendapatkan pemeriksaan berkala di klinik kerajaan ataupun swasta merupakan salah satu UBAT yang penting dan perlu di makan mengikut jadual ( nasihat untuk diri sendiri juga ). 



Acid Folic merupakan vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung dan sebagai agen pertumbuhan dan pembinaan sel-sel dalam badan.
Ianya sangat penting untuk membentuk saraf tunjang bayi pada peringkat awal kandungan.

Folik asid juga dikenali sebagai folate yang di mana ibu disarankan mengambilnya semasa merancang untuk hamil dan juga di awal kehamilan. Kenapa mesti ambil folik asid? Kajian menunjukkan folik asid yang diambil sebanyak 400mcg sehari berupaya menghindarkan kecacatan pada bayi yang bakal lahir di mana ia selalu dikaitkan dengan kecacatan tulang belakang atau lebih dikenali sebagai spina bifida.Mereka yang mengambil asid folik dengan jumlah berikut dapat menghindarkan sebanyak 70% peluang selamat dari kecacatan tersebut.

                 


Actually, acid folid ada dalam makanan seharian kita seperti daging lembu, barli, keju, ayam, sayuran hijau, hati, susu, cendawan, ikan tuna, ikan salmon & buah kurma

So, kepada para ibu dan bakal ibu yang sedang hamil seperti saya, jangan culas untuk memakan acid folic ni... Saya faham, ubat ni mempunyai bau yang kurang menyenangkan!



Tuesday, September 10, 2013

KATY PERRY JADI TARZAN PULAK?


Salam 1 Malaysia

Sedang meronda-ronda di YouTube, terjumpa la clip video terbaru Katy Perry yang sebelum ini terkenal dengan lagu-lagu seperti Firework & Part Of Me

Terbaru Katy Perry telah memuat naik video terbarunya yang berjudul Roar ke laman YouTube dan telah di tonton sebanyak 41 juta kali! Video berdurasi 4:30 saat ini menceritakan kisah Katy yang bersusah payah meneruskan kehidupan di dalam hutan selepas kapal terbang yang dinaikinya terhempas.



Video yang sangat menarik ini turut memaparkan keadaan cemas Katy apabila terpaksa berhadapan dengan binatang buas, bermandi dengan gajah dan bermain dengan monyet hingga menjadikan beliau seorang Tarzan yang seksi hidup dengan gembira di dalam hutan.


Jom layan clip video beliau. Semoga anda semua terhibur!!





Sunday, September 8, 2013

BERITA NEGARA CHINA : MENYUSU SAMBIL MENUNGGANG BASIKAL

assalamualaikum photo: assalamualaikum ass.png


Banyak perkara dan berita pelik yang kerap kita dengar daripada Negara China..
Terbaru, seorang wanita di tahan kerana menunggang basikal sambil menyusukan anak... hurm.. kenapalah tak berhenti dahulu dan kemudian meneruskan perjalanan. Sudah pastinya ianya akan membahayakan si ibu, si anak serta pengguna jalanraya yang lain.


Beijing: Seorang wanita dari Yuzhou, China ditahan polis kerana menyusukan anaknya yang berusia 18 bulan sambil menunggang basikal berenjin.

Ibu muda itu didakwa menunggang basikal berkenaan di jalan raya sambil memangku anak lelakinya di atas riba apabila bayi itu mula menangis, lapor media.

Saksi berkata, wanita itumenyusukan anaknya sambil sebelah tangan memeluk kanak-kanak berkenaan dan sebelah lagi memegang hendal basikal. 

Anggota polis trafik bertindak menahan wanita berkenaan kerana bimbang dia akan menyebabkan kemalangan.

“Dia membahayakan nyawanya, nyawa anaknya dan pengguna jalan raya lain.

“Kami memberi amaran akan merampas basikalnya jika dia mengulangi perbuatannya itu,” kata jurucakap polis trafik.

Wanita berkenaan bukan ibu pertama ditahan memandu sambil menyusukan anak.

Pada Jun 2008, Catherine Donkers, 29, dituduh membahayakan nyawa anaknya kerana menyusukan bayi perempuannya sambil memandu dari Detroit ke Pittsburgh di lebuh raya Ohio, Amerika Syarikat. 

Dia juga disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Pada Februari 2009, polis menahan Genine Compton kerana didapati menyusukan anaknya sambil bercakap di telefon bimbit ketika memandu.

Dia dilapor mendukung anaknya dengan kepala bayi itu disandarkan pada stereng. 

Walaupun disaman kerana membahayakan keselamatan anaknya dan melanggar undang-undang, Genine berkata, jika anaknya lapar, ‘dia perlu menyusukannya.’ 

SUmber : Forum Cari



Saturday, September 7, 2013

FILM TRAILER : ROBOCOP 2014



Salam 1 Malaysia...

Pernah tak anda menonton cerita ROBOCOP yang difilemkan pada tahun 1987 dan kemudian menyusul pula ROBOCOP 2 yang ditayangkan pada 1990 & ROBOCOP 3 pada tahun 1993..

Saya akui, yang saya sangat meminati cerita ini.. mengisahkan seorang anggota polis cedera di tembak semasa melakukan tugas. Namun, dengan bantuan sains dan teknologi, pegawai polis yang bernama Murphy ini di ubah menjadi sebuah robot polis.. peranannya adalah untuk membanteras jenayah yang berluasa pada ketika itu...

Memang agak pelik, tapi dah namanya pun cerita.. dan jalan ceritanya penuh dengan aksi dan emosi. 


Robocop 1987



Namun, kali ini RoboCop kembali dengan aksi yang lebih mendebarkan, reka bentuk yang lebih menarik, plot cerita yang lebih aksi dan emosi. Ianya bakal ditayangkan pada Februari 2014 dan saya sendiri tak sabar nak menyaksikan cerita ini di panggung!


RoboCop 2014

Lakonan mantap Joel Kinnaman sebagai Alex Murphy yang memegang watak sebagai RoboCop iaitu separuh manusia dan separuh robot pastinya akan meninggalkan kesan kepada penonton terutama ketika Alex sedar tentang keadaannya ketika itu.


Tapi, bagi saya... design kostum RoboCop yang lama lebih awesome daripada yang baru ni.. 
Apapun, nantikan sahaja cerita ini. Sebelum itu, jom layan trailer RoboCop ini dahulu!






Sumber : Google, YouTube







Monday, July 29, 2013

MY PREGNANCY...

As salam...

Hari ke 20 ramadan.. aku diserang gastrik pagi-pagi lagi. Baby dalam perut juga galak bergerak. Goncang juga tembok ketabahan.. banyak nyer dugaan di bulan ramadan ni.

1hb Ogos ni genap la 6 bulan usia kandungan aku ni. Alhamdulillah, ketika aku ke Poliklinik Yuslina Seri Alam pagi tadi, tempat di mana aku selalu check perut dan mendapatkan rawatan, Dr Hani cakap baby ok, sihat dan aktive. Tak pe, biarlah aku sahaja yang sakit, tapi baby dalam perut masih mampu berenang dengan gembira.

Ini merupakan pengalaman mengandung aku yang ke 4, dan aku bakal melahirkan zuriat ke 4 ini hujung bulan November. Semoga baby yang bakal lahir ini akan menjadi anak yang soleh/solehah, yang akan berjasa pada ibubapanya, agama, bangsa dan negara.

Aku juga berharap dan berdoa agar baby ini akan lahir dengan sihat, dipermudahkan proses kelahirannya, sempurna, comel yang menjadi kebanggaan kami semua nanti.

Oleh kerana aku MC ari ni, maka puasa aku juga MC.. ubat belum makan lagi.... so, out dulu la.. bye!!


Wednesday, July 24, 2013

NEW PLACE

As salam..

Hari ini di tempat baru.. semuanya baru.. tugas yang baru, kawan baru, BOS pon baru.. suasana baru..
masih lom sesuaikan diri lagi.. tapi harap-harap aku tak emo seperti hari ni..

Ye lah, tempat punch card pon baru.. kekok.. 
Selama 11 tahun datang dengan ceria.. hari ini datang dengan pelbagai-bagai rasa.

Semoga aku tabah.. dan berjaya dalam cabaran ini

Tuesday, July 23, 2013

MY LAST DAY

Sayang korang ketat2... banyaknyer kenangan bersama.. selama bekerja di Jabatan Kecemasan Dan Trauma, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru ni... 11 tahun disini... terlalu banyak kenangannya..Sedihnyer... tapi tak mengapalah.. kita tetap akan berjumpa lagi selepas ini..


Di kesempatan ini aku nak ucapkan ribuan terima kasih di atas kasih sayang, kerjasama, persahabatan, yang diberikan. Segala suka duka adalah menjadi memori terindah.


Sesungguhnya banyak perkara dapat dipelajari ketika bekerja di sini.. walaupun hanya bekerja di Kaunter Pendaftaran dan kemudiannya bekerja di Bahagian Pentadbiran Jabatan dan membantu Ketua Jabatan dalam pengurusan jadual kerja serta pelbagai lagi kerja-kerja seperti penganjuran kursus di Peringkat Negeri, kepercayaan yang diberi memang tak berbelah bagi.


Disini juga aku belajar untuk mengatasi perasaan takut menghadapi darah, melihat pesakit-pesakit trauma yang mempunyai kecederaan yang teruk seperti patah, luka kecil dan besar, putus anggota dan sebagainya. Tapi, boleh tengok sikit-sikit la.. tak boleh nak tengok lama-lama.... PITAM!


My bos, Dr Hj Md Saed Bin Mian.. sesungguhnya bos adalah bos terbaik yang penah Za jumpa.. Za rasa bangga dapat berkhidmat untuk bos sejak tahun 2003 hingga 2011 ni.... banyak yang bos ajar.. segala nasihat bos masih tersemat di sanubari.. InsyaAllah.. terima kasih kerana menyokong niat Za nak continue study ke peringkat tertinggi


My Penyelia.. Hj Raschidi Abdul Karim.... sesungguhnya kamu bukan sahaja Penyelia, tapi kita bermula sebagai rakan sekerja hingga akhirnya dengan kenaikan pangkat, kamu menjadi Penyelia aku.. kamu adalah rakan terbaik dan abang yang baik.. terima kasih kerana terus menyokong aku tak kira aper situasi pon.. kita melalui pelbagai kenangan pahit manis, dan bersama-sama menjayakan aktiviti jabatan sehingga berjaya dengan team-team yang lain, Nazrul Izzad Mansor, Mohd Aidil Adli Noor Azmi, Mohd Hafiz Hj Mohd Elah.. Kak Noorizah Puteh... luv u all.. Ijat dan Shidi, kim salam kat Kak Li & Kak Yah sebab bagi semangat untuk aku terus kuat.. Tapi nasib memang tak menyebelahi aku..


Selepas ni, semua kerja-kerja akan dipikul oleh orang lain. Tapi kalau perlukan bantuan, aku sedia membantu kamu semua seperti biasa tapi kamu kena lah minta izin dengan BOS baru aku tu yang entah macam mana rentak dia..


Doakan aku agar aku tabah menghadapi cabaran baru di tempat baru... kamu semua adalah rakan dunia akhirat, teman nak bergedik dan ketawa.... sure aku akan merindui gurau senda yang dah menjadi ulam setiap hari ketika bekerja....


Akhir kata..... terima kasih banyak-banyak.... Jabatan Kecemasan Dan Trauma, tetap di hati.....

Saturday, July 20, 2013

SALAM PERKENALAN

Assalam..

Noted ari ni 20hb Julai 2013 create blog ini bagi mengisi masa lapang bila dah tak bekerja nanti...
Maklumla.. dah tak de kawan nk bercerita nanti. Namun saya boleh bercerita di sini, kan!

Harap ada yang sudi menjadi rakan baru saya di sini.
ok, will continue later.. it's already 2.30am. Harap saya tk terlajak untuk bangun sahur la.

Bye!!