Sunday, November 23, 2014

MY HAPPY FAMILY.. BABY ADEEL 1ST BIRTHDAY

As salam...

aku dedikasikan post kali ini untuk my dear baby Adeel....... hrp2 bila baby dah besar, baby bole baca....

Baby..

walaupun dah terlambat, tapi Ibu tetap buat post ni.. agar satu hari nanti baby bole baca..

Happy 1st Birthday Baby Adeel.. harapan Ibu, Adeel akan menjadi anak yang terbaik buat Ibu dan Papa.. anak yg soleh supaya boleh menjadi bekalan Ibu dan Papa nanti di sana.. menjadi anak yg berjaya di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya, Ibu sangat2 sayang kat Adeel coz u are my soul..

Sempena hari lahir Adeel yang pertama ni, papa belikan Adeel kek.. belikan hadiah kereta mainan yg Adeel duduk tu... mmg suka sgt Adeel.. lincah aje kakinya menolak agar kereta itu bergerak ke depan dan ke belakang.. Hebat anak Ibu. kejap je dah teror.. sengih Adeel hingga ke telinga.. sampai sepet mata Adeel....

Nama penuh Adeel..

Adam Adeel Naeem Bin Mohd Norleza was born at 18 November 2013, Monday at 8.30am.. 
be a good boy ye Adeel....


This is my baby....... #Adeel

On his birthday.... #Adeel

#Adeel birthday

#Adeel with me... luv this photo so much

and i love his big smile.... we can see his teeth!

when we had a great lunch at kopitiam

 i'm not remember when i take this photo.... Nurin was at school at this moment 


#Adeel on 23rd November 2014 at Tesco Seri Alam...


If you can see.. this is my hero.. my soul.. #Adeel... #AdamAdeelNaeem

Sunday, September 21, 2014

CORAT CORET : AKTIVITI HARI KHAMIS

 As salam...


dah baper hari tak update aper2 kan.. busy aje lately ni. Asyik tambah stok tudung ( Alhamdulillah ), menjaja tudung di fb dan blog... memang busy la..

Belum lagi nak melipat kain dalam raga baju tu kan! Menimbun dah setinggi Gunung Berlumut... redha je lah dengan kerja-kerja suri rumah tangga ni..

nak dijadikan cerita, ari khamis aku pon meronda mencari supplier tudung.. ni memang rutin aku tiap ari khamis.. macam biasa mencari supplier dn memilih tudung ni akan aku lakukan bersama adik aku ni.. merangkap share partner aku la kan..

Rambang mata, modal ciput... kene tgk juga selera org sekarang ni.. sasaran pembeli kene ada.. Alhamdulillah... rembat aje aper yg cntik2 dan agak2 leh laku...



ni mak budak asyik nk pose aje....


sekitar tempat aku membeli stok tudung


Usai membeli, dengan berpeluh, kehausan, kelaparan dan kepenatan, kami meneruskan destinasi kami....

Mencari Sesuap Nasi!! Lapar wehhhhh....


aku la drivernyer.. macam biasa... ngantuk giler time nih!


Kami tiba di Kangkar Tebrau sebab nak pekena ABC ni.... memang sgt2 menyelerakan.. aku sekali hadap je, habis ABC ni.... kebetulan cuaca memang panas. Korang sila tengok je ye.. klu nak makan, leh pegi kat Medan Selera area Kangkar Tebrau depan kilang kabel...


To me, sedap lagi ABC Kg Melayu Majidee... maybe dh terbiasa makan ABC kat situ kot... tekak masing2 kan!

Usai makan, perut dah kenyang.. tekak pon dah lega.. kami meneruskan detinasi kami pula.
Kami ke Menara Ansar Johor Bahru..

Hurmmm nk buat aper kat sana?

Ha.... kami mengisi borang untuk pendaftaran perniagaan kami.Register SSM la..
bukan susah pon nak daftar... bayar RM70.00 je untuk setahun..

Yang susahnya, kami tak prepare nama perniagaan kami sebanyak 3 nama..
Yang ada hanya 1 nama je yang kami plan....


Ni borangnya yang perlu di isi.. banyak juga.... jangan lupa ye bawak salinan IC sebanyak 1 salinan..

Oleh kerana hanya ada 1 je nama yang kami sediakan, maka gigih la kami memikirkan dua nama lagi untuk di isi dalam borang tu.... Arghhhhhh fenin!!


Kali ni muka aku yang sedang fenin berjaya dirakamkn oleh adik aku tuh! Cis..... tak aci!!


Lastly dapat juga lah nama.. tapi aku tak ingat la.. pakai hentam hasil gabungan nama anak2 kami.... boleh la.. Tapi kami memang confident nama pertama kami tu tak diregisterkan lagi..



Ok Ain, sila la isi borang tu betol2 ye.... pasni nak bawa ke kaunter untuk tindakan seterusnya pula..


Seperti yang dijangka, kami dapat register nama yang kami pilih tu. Alhamdulillah..

Dapat juga kami menubuhkan RICH CARMINE TRADING untuk kami jalankan bisness kami secara legal..

One step foward!

Pasni balik Pasir Gudang sebab nak buat cop perniagaan plak..

Walaupun penat, kami berjaya buat semua ni dalam sehari.. mengejar masa juga. Daripada pagi smpi ke petang. Siap menjual tudung kat jiran tetangga lagi tu..

Semoga kami berjaya mengharungi pahit getir berniaga. Doakan kami ye!!
Kerana ini lah cita-cita kami.. Amin.


Wednesday, September 10, 2014

WAH, KAGUMNYA! : SELFIE TERHEBAT.. ADA BRAN KE?

As Salam

Rajin plak nak menaip hari ni... naper yer?
Alang-alang mengadap PC ni, leh la wat something kan. Blog kan macam personal diary yang boleh kiter share dengan semua orang.

Sekarang ni memang la ralit dengan Facebook je, kadang-kadang dengan IG.. tapi saya akan berazam untuk sentiasa update blog ni walaupun hanya nak merapu je.. tak la sunyi sepi je blog ni sampai keluarsegala jenis sawang!

Masa dok menjelajah Facebook semalam, sempat la saya save satu gambar yang saya kira sebagai WAH, KAGUMNYA!

Agak-agak, korang semua berani tak nak wat aksi selfie camni... but not me la. awal-awal saya angkat tangan... memang tak la.. gayat weh..

Jom tengok gambar ni!


orang sekarangkan klu wat aksi selfie, macam-macam gaya... tapi gaya ni memang awesome la...

kat Menara Berkembar Petronas tu!! 

Tahniah Bro!!

Tuesday, September 9, 2014

Yang Peliknya : Awek Cun Buka Coli Untuk Apa?

As salam..

Lamanya tak update blog ni.. bukan aper, sejak resign keje, bz ngan anak-anak.. termasuk la si baby. dan saya makin bertambah bz sejak berbisness #online ni..

So kepada sapa2 yg nak beli tudung yang super duper gojes ni, leh la like page saya atau ke blog shop saya ye!!! Harga memang la super duper murah.

ok, entry kali ni Yang Peliknya........
Memang la yang pelik-pelik ni hanya berlaku kat China kan. Tapi saya memang teringin benar nk ke China.. Hope, my dream come true la...

Alkisahnya....... pada satu hari yang damainya..... something yang...
---;---
--;--
-;-


telah berlaku di satu pameran yang dinamakan Secoo 2014 di Chongwenmen, China. Antara aktiviti di pameran ini adalah memberi peluang kepada orang ramai menguji keaslian dan ketulinan barangan yang mereka beli.

Maklumlah negara China kan terkenal dengan aktiviti ‘ciplak’ dan cetak rompak. Ramailah yang tampil untuk menguji barangan mereka seperti beg tangan, aksesori dan berbagai lagi.



Namun dalam ratusan pengunjung yang hadir, seorang awek cun telah membuat kejutan apabila sanggup membuka colinya di depan khalayak ramai dan menyerahkannya kepada wakil penganjur untuk diperiksa sama ada bra yang dipakainya itu asli atau cuma barangan tiruan!



Mahu tak mahu, petugas berkenaan pun terpaksa memeriksa coli tersebut. Wanita tersebut bernasib baik kerana setelah diperiksa, ternyata bra ‘branded’ yang dibelinya itu disahkan asli.


Tapikan ketat je muka mamat ni.. pegang pon guna hujung jari je.. 
korang rasa? pelik tak?