Sunday, September 21, 2014

CORAT CORET : AKTIVITI HARI KHAMIS

 As salam...


dah baper hari tak update aper2 kan.. busy aje lately ni. Asyik tambah stok tudung ( Alhamdulillah ), menjaja tudung di fb dan blog... memang busy la..

Belum lagi nak melipat kain dalam raga baju tu kan! Menimbun dah setinggi Gunung Berlumut... redha je lah dengan kerja-kerja suri rumah tangga ni..

nak dijadikan cerita, ari khamis aku pon meronda mencari supplier tudung.. ni memang rutin aku tiap ari khamis.. macam biasa mencari supplier dn memilih tudung ni akan aku lakukan bersama adik aku ni.. merangkap share partner aku la kan..

Rambang mata, modal ciput... kene tgk juga selera org sekarang ni.. sasaran pembeli kene ada.. Alhamdulillah... rembat aje aper yg cntik2 dan agak2 leh laku...



ni mak budak asyik nk pose aje....


sekitar tempat aku membeli stok tudung


Usai membeli, dengan berpeluh, kehausan, kelaparan dan kepenatan, kami meneruskan destinasi kami....

Mencari Sesuap Nasi!! Lapar wehhhhh....


aku la drivernyer.. macam biasa... ngantuk giler time nih!


Kami tiba di Kangkar Tebrau sebab nak pekena ABC ni.... memang sgt2 menyelerakan.. aku sekali hadap je, habis ABC ni.... kebetulan cuaca memang panas. Korang sila tengok je ye.. klu nak makan, leh pegi kat Medan Selera area Kangkar Tebrau depan kilang kabel...


To me, sedap lagi ABC Kg Melayu Majidee... maybe dh terbiasa makan ABC kat situ kot... tekak masing2 kan!

Usai makan, perut dah kenyang.. tekak pon dah lega.. kami meneruskan detinasi kami pula.
Kami ke Menara Ansar Johor Bahru..

Hurmmm nk buat aper kat sana?

Ha.... kami mengisi borang untuk pendaftaran perniagaan kami.Register SSM la..
bukan susah pon nak daftar... bayar RM70.00 je untuk setahun..

Yang susahnya, kami tak prepare nama perniagaan kami sebanyak 3 nama..
Yang ada hanya 1 nama je yang kami plan....


Ni borangnya yang perlu di isi.. banyak juga.... jangan lupa ye bawak salinan IC sebanyak 1 salinan..

Oleh kerana hanya ada 1 je nama yang kami sediakan, maka gigih la kami memikirkan dua nama lagi untuk di isi dalam borang tu.... Arghhhhhh fenin!!


Kali ni muka aku yang sedang fenin berjaya dirakamkn oleh adik aku tuh! Cis..... tak aci!!


Lastly dapat juga lah nama.. tapi aku tak ingat la.. pakai hentam hasil gabungan nama anak2 kami.... boleh la.. Tapi kami memang confident nama pertama kami tu tak diregisterkan lagi..



Ok Ain, sila la isi borang tu betol2 ye.... pasni nak bawa ke kaunter untuk tindakan seterusnya pula..


Seperti yang dijangka, kami dapat register nama yang kami pilih tu. Alhamdulillah..

Dapat juga kami menubuhkan RICH CARMINE TRADING untuk kami jalankan bisness kami secara legal..

One step foward!

Pasni balik Pasir Gudang sebab nak buat cop perniagaan plak..

Walaupun penat, kami berjaya buat semua ni dalam sehari.. mengejar masa juga. Daripada pagi smpi ke petang. Siap menjual tudung kat jiran tetangga lagi tu..

Semoga kami berjaya mengharungi pahit getir berniaga. Doakan kami ye!!
Kerana ini lah cita-cita kami.. Amin.


No comments:

Post a Comment